Apakah itu VPN dan mengapa saya memerlukannya?

VPN bermaksud Rangkaian Peribadi Maya, yang merupakan bahasa teknologi untuk sambungan Internet yang selamat.  VPN menyulitkan maklumat antara telefon mudah alih anda dan pelayan dipercayai yang berkomunikasi dengannya, yang bermaksud pengguna lain pada rangkaian yang sama tidak dapat melihat perkara yang sedang anda lakukan.  Ini adalah amat penting apabila anda menggunakan Internet pada rangkaian WiFi awam seperti yang ditemui di kedai-kedai kopi, hotel, taman dan lokasi lain.  

 

Defend My WiFi VPN menyulitkan sambungan anda secara automatik apabila kami mengesan bahawa anda berada pada rangkaian awam.  Perkara yang terbaik sekali adalah perkhidmatannya percuma dan tiada iklan atau had jalur lebar seperti perkhidmatan yang serupa.

 

Mengapa anda perlukan maklumat demografi saya?

Apl ini percuma kerana kami membantu syarikat yang dipercayai untuk memahami cara pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka.  Kami mengumpulkan maklumat demografi, seperti umur, jantina, tahap pendidikan, dsb., supaya kami boleh membantu syarikat memahami orang yang menggunakan peranti ini tanpa mendedahkan identiti anda.  Syarikat menggunakan wawasan yang kami berikan untuk membina aplikasi yang lebih baik untuk pelanggan mereka, jadi penyertaan anda membantu meningkatkan keseluruhan Internet!

 

Bagaimanakah anda melindungi privasi saya?

Kami mengambil serius terhadap privasi anda.  Kami tidak meminta nama, alamat, atau maklumat anda yang lain yang boleh mendedahkan identiti anda.

 

Baca  Ikrar Privasi untuk mendapatkan ringkasan bagi cara kami melindungi privasi anda.  Untuk mendapatkan butiran lanjut, kami menggalakkan anda untuk membaca Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan.  Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami menggunakan fungsi Sokongan dalam apl ini.

 

Adakah perisian anda memantau panggilan telefon, e-mel, mesej atau fotograf saya?

Tidak, kami tidak mengumpulkan atau melihat teks atau kandungan peribadi lain dalam mana-mana pengguna kami. Kami tidak mengumpulkan kandungan sebenar teks, e-mel atau mesej segera, fail imej sama ada dimuat turun atau ditangkap melalui kamera pada telefon, atau kenalan, buku alamat atau entri kalendar yang disimpan pada telefon atau komputer tablet.  Kami boleh mengumpulkan maklumat umum tentang apl yang anda gunakan, seperti jumlah minit yang anda habiskan menggunakan apl pemesejan.

 

Kami mengambil serius terhadap privasi anda.  Baca  Ikrar Privasi untuk mendapatkan ringkasan bagi cara kami melindungi privasi anda.  Untuk mendapatkan butiran lanjut, kami menggalakkan anda untuk membaca Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan.  Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami menggunakan fungsi Sokongan dalam apl ini.

 

Bagaimanakah anda menggunakan data tentang aktiviti mudah alih saya?

Kami tidak pernah mendedahkan butiran tentang identiti anda kepada sesiapapun.  Kami hanya berminat untuk memahami cara pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka.  Kami membantu syarikat memahami apl dan  tapak web yang pengguna suka habiskan masa semasa menggunakan peranti mudah alih mereka, jenis iklan yang mereka lihat, dan jenis tindakan yang mereka ambil pada peranti mudah alih.disukai oleh pengguna.  Syarikat ini membantu mewujudkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda dan semua di Internet!

 

Kami mengambil serius terhadap privasi anda.  Baca  Ikrar Privasi untuk mendapatkan ringkasan bagi cara kami melindungi privasi anda.  Untuk mendapatkan butiran lanjut, kami menggalakkan anda untuk membaca Dasar Privasi dan Terma Perkhidmatan.  Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami menggunakan fungsi Sokongan dalam apl ini.


 

Adakah menggunakan apl ini memerlukan saya membayar apa-apa kos?

Apl ini percuma untuk diguna!  Apl ini menggunakan data seperti apl lain lakukan pada peranti mudah alih anda. Pelan data tanpa had biasanya tidak mengenakan kos untuk memuat turun perisian kami dan melayari internet. Pelan data bayar-apabila-diguna mungkin mengenakan kos untuk memuat turun perisian kami atau apabila perisian kami menghantar balik data anda kepada kami. Penyedia perkhidmatan anda boleh mengesahkan pelan data anda dan sebarang perbelanjaan yang mungkin dikenakan.