Kami adalah organisasi penyelidikan pasaran global yang menghargai hak anda kepada privasi.  Maklumat yang anda pilih untuk kongsikan dengan menyertai perkhidmatan ini membantu rakan kongsi kami mewujudkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua orang di Internet.  

 

Ikrar Privasi kami kepada anda adalah seperti berikut:

 

  • Kami percaya mengumpulkan maklumat daripada anda adalah suatu keistimewaan, bukan suatu hak.  Kami bertanggungjawab untuk memperoleh dan mengekalkan kepercayaan anda.

  • Kami tidak membenarkan pelanggan perniagaan kami untuk mengetahui identiti anda.

  • Kami memerlukan setiap pekerja untuk menjalani latihan tahunan tentang kepentingan melindungi privasi anda.

  • Kami hanya membenarkan sedikit sahaja pekerja kami untuk mengakses kepada sebarang maklumat yang mungkin berkaitan dengan identiti ahli kami.  Pekerja ini menjalani semakan khas dengan kerap bagi memastikan bahawa akses data tahap ini diperlukan untuk kerja mereka.

  • Kami komited untuk memudahkan anda menyahpasang perisian pemantauan kami jika diingini.

  • Kami mempunyai Ketua Pegawai Privasi dan pasukan privasi yang menasihatkan para pekerja kami tentang soalan yang mungkin mereka ada yang berkaitan dengan maklumat yang anda kongsi.

  • Kami memantau perundangan privasi global untuk memastikan pematuhan.

  • Kami menggunakan juruaudit pihak ketiga untuk memastikan kami mematuhi amalan terbaik industri.  

  • Kami memadamkan data yang telah lapuk daripada sistem kami dengan kerap dan bertujuan untuk menyimpan data selama yang diperlukan.

 

Untuk mendapatkan butiran lanjut, kami menggalakkan anda agar menyemak Dasar Privasi kami.